Saturday, October 01, 2011

nobody perfect ~

jika kamu memancing ikan , setelah ikan itu terlekat dimata kail , hendaklah kamu
mengambil ikan itu .
janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja ,
kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia ,
akan MENDERITA selagi ia masih hidup .

begitu juga ,
setelah kamu banyak memberi PENGHARAPAN kepasa seseorang . setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya . janganlah sesekali kamu
meninggalkannya begitu sahaja , kerana dia akan TERLUKA akan kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengigatimu .

jika kamu menadah air biarlah berpada , jangan terlalu mengharap pada  ,
tankungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh ,
cukuplah sekadar keperluanmu . apabila sekali ia retak , tentu sukar untuk kamu menambalnya semula .
Akhirnya ia dibuang , sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ,
ia masih dapat dipergunakan lagi .

Begitu juga jika kamu memilik seseorang , TERIMALAH dia seadanya .
janganlah terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya terlalu istimewa .
anggaplah dia manusia biasa . apabila sekali dia melakukan KESILAPAN
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya , akhirnya kamu KECEWA
dan meninggalkannya . sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA mungkin hubungan
kamu akan berterusan hingga akhir hayat .

jika kamu memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu ,
mengenyangkan dan berkhasiat . mengapa kamu berlengah ,
cuba mencari makanan yang lain . terlalu ingin mengejar kelazatan .
kelak , nasi itu akan basi , kamu tidak boleh memakannya . dan kamu akan menyesal .

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa
KEBAIKAN kepada dirimu . MENYAYANGIMU dan MENGASIHIMU .
mengapa kamu berlengah , cuba MEMBANDINGKANNYA
dengan yang lain . terlalu mengejar KESEMPURNAAN  .
kelak , kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
dan kamu juga akan MENYESAL .

#sampaikan kebenaran walaupun pahit  :')